Yana Samsudin telah memuatnaik satu gambar 'panas' di akaun Instagram miliknya.
Mari Kita Bergosip
Gosip Suka-suka
Thursday, June 13, 2013
Guna siput Babi Buat Rawatan Muka!
Klinik kecantikan dan spa di seluruh Amerika Selatan dan Korea Selatan kini beralih dengan ekstrak siput yang dipercayai baik untuk kulit. Makan dengan asid Glycolic dan elastin, rembesan siput melindungi kulit daripada luka, bakteria, dan berkuasa sinar UV, membuat gooeyness alam semula jadi sumber utama protein yang menghapuskan sel-sel mati dan menjana semula kulit. Biasanya klinik kecantikan menggunakan produk yang dibuat daripada bahan2 melekit, tetapi satu salon kecantikan di bandar Siberia Rusia Krasnoyarsk menggunakan siput babi dengan meletakkan siput tepat ke muka pelanggan mereka.
Rawatan melibatkan siput telah digunakan seawal Greece purba: Hippocrates dilaporkan ditetapkan campuran susu masam dan siput dihancurkan untuk radang kulit. Pada hari ini, ia dipasarkan sebagai tempat rawatan jerawat, dan penghilang parut, dan membakar penyembuh.
“Ia adalah satu produk yang 100 peratus tulen dan semula jadi yang membolehkan mereka untuk menggantikan krim kulit kimia tipikal,” kata jurucakap Christian Plaut Andes Alam, yang menjual krim siput popular di Amerika Selatan. “Pengguna biasanya mesti membeli krim beberapa berasingan untuk mendapat manfaat yang sama.”
Panas! Shila Amzah Dikritik Peminat Kerana Mencarut Di Instagram
Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.
Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.
Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:
Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.
Gambar Intan Ladyana Buat Mulut ‘Itik’ – Comel Ker?
Dah namanya artis pastinya akan menjadi tumpuan. Tak kiralah pertemuan secara langsung atau dalam laman sosial. Jika dilihat pada laman Instagram milik pelakon cantik Intan Ladyana, ada lebih 70 ribu peminat mengikutinya. Intan Ladyana juga aktif mengemaskini status dalam laman Instagramnya itu.
Terbaru, semalam Intan ada muat naik satu gambar yang memaparkannya membuat mimik muka. Adalah macam-macam ‘Donald Duck’ gitu. Tapi dah orangnya cun, maka gambarnya memang lagi gun la daripada si Donald tu. Haha.
Terbaru, semalam Intan ada muat naik satu gambar yang memaparkannya membuat mimik muka. Adalah macam-macam ‘Donald Duck’ gitu. Tapi dah orangnya cun, maka gambarnya memang lagi gun la daripada si Donald tu. Haha.
Layan gambar mimik muka Intan Ladyana dibawah:
Gambar Comel Nora Danish Bertudung Semasa Di Kelantan
Dalam suatu majlis di Kota Bharu, Kelantan, di mana Nora Danish menjadi artis undangan dalam mempromosikan Fruitale telah menjadi suatu medan julung-julung kali melihat artis comel ini, memakai tudung litup penuh. Beliau sangat comel bertudung dan pastinya menjadi bualan sepanjang zaman.
Di Kelantan, undang-undang bertudung menjadi suatu daya penarik di Negeri Islam itu. Oleh yang demikian, Nora Danish turut menghormati Negeri Kelantan dan undang-undang negeri itu yang mewajibkan golongan Islam perempuan menutup aurat dengan sempurna.
Wednesday, June 12, 2013
5 Perangai awek sekolah yang buat laki menyampah

Di bawah ni ada beberapa tips untuk awek-awek yang masih bersekolah untuk mengelakkan dari dibenci oleh pelajar lelaki, guru lelaki mahupun kawan sejantina sendiri. Tanpa sedar banyak perkara yang awek selalu buat yang membuatkan lelaki cukup menyampah dan meluat. Antaranya ialah :
1) Gedik tahap dewa
Hui aku juga menyampah kalau dapat student yang gedik tahap dewa. Awek sekolah yang gedik tahap dewa mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi di sekolah-sekolah lain dari Perlis sampai ke Sarawak memang mudah diperoleh. Antara sifat-sifat nature mereka adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.
Pakwe sekolah tidak akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.
2) Bajet hot
Ramai di kalangan awek sekolah yang bajet hot atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder. Ciri-ciri awek bajet hot sangat mudah dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt memang control habis waima (pergh) hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang belum mumayyiz dan dalam jarak 500 meter.
Awek sekolah bajet hot tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini membajetkan diri mereka hot, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu lelaki. Ada juga awek bajet hot mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya.
3) Awek hensem
Awek hensem selalunya tampak ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi trademark apabila bergaduh.
Pakwe sekolah menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka juga gagah, sasa dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih. Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.
4) Awek mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Hui sudah pasti kena panggil dan 'dibasuh' maka bertambahlah kebencian yang sedia ada.
Awek-awek lindungan kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*
5)Awek kuat mencarut
Mencarut sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk menjadi tomboy juga ada.
Tidak ada satu makluk pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek seperti dalam gambaran di atas sila insaf. Masih belum terlambat.
Bagaimana awek-awek sekalian? Aku rasa anda perlu muhasabah diri anda dan lakukan anjakan paradigma ke arah yang lebih positif (ayat karangan SPM). Untuk pakwe-pakwe sekolah, tidak ada orang yang sempurna. Berpakwe-makwe ketika zaman sekolah sebenarnya tidaklah menyeronokkan kerana belum ada duit dan susah nak dating nanti kena tangkap dengan cikgu atau pengawas eh! Macam berpengalaman sahaja.
Saturday, June 1, 2013
Gambar Bayi Di Buang Dalam Lubang Tandas

Bomba di China menyelamatkan bayi yang baru lahir dari paip kumbahan.
Pegawai Bomba berkata, bayi itu masih di dalam plasenta, tetapi saraf unbilical dipotong. Penduduk telah memberitahu pegawai bomba mereka boleh mendengar bayi menangis dari dalam paip. Itulah apabila krew menyelamat membuka paip dan paip dibawa ke hospital dengan bayi di dalamnya.
Apabila mereka tiba di hospital mereka membuka paip untuk mencari bayi dan sungguh mengejutkan bahawa bayi itu HIDUP. Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.

Nora Danish Potong Rambut Ala Rihanna
Selepas
Stacy tampil dengan imej rambut barunya ala-ala superstar antarabangsa,
Rihanna, kini giliran pelakon cantik, Nora Danish pula mengikut jejak
langkah kedua-dua penyanyi hebat itu.
Kebanyakan peminatnya di akaun Instagram memuji tindakan berani Nora memotong rambut dengan gaya sebegitu kerana sebelum ini pelakon genit itu dilihat lebih sinonim dengan sifat feminin menerusi penataan gaya dan imejnya.
Pastinya selepas ini ramai peminat setia ibu kepada Putera Rayqal ini akan mengikut ‘style’ rambut terbaru Nora pula kan.
Apa-apa pun memang Nora kelihatan lebih ‘stylo’ dengan gaya rambut terbarunya itu!
Kebanyakan peminatnya di akaun Instagram memuji tindakan berani Nora memotong rambut dengan gaya sebegitu kerana sebelum ini pelakon genit itu dilihat lebih sinonim dengan sifat feminin menerusi penataan gaya dan imejnya.
Pastinya selepas ini ramai peminat setia ibu kepada Putera Rayqal ini akan mengikut ‘style’ rambut terbaru Nora pula kan.
Apa-apa pun memang Nora kelihatan lebih ‘stylo’ dengan gaya rambut terbarunya itu!
Friday, May 31, 2013
Sinopsis Suami Aku Ustaz 2013 - Adi Putra dan Nora Danish
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’
Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’
Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?
‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?
Apa dosa anak saya?
"Apa dosa anak saya?" demikian luahan bapa kepada remaja perempuan, Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, di sini, kelmarin, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.
Mohamad Sahak, 58, berkata, walaupun reda dengan takdir, dia tetap mahu tahu mengapa anak kesayangannya itu diperlaku sebegitu.
"Saya mahu tahu siapa pembunuh Aimi dan apa motifnya. Saya harap pembunuh anak saya ditangkap dan terima pembalasan dengan segera," katanya.
Dia kelihatan masih trauma ketika bercakap kepada pemberita yang menemuinya di rumahnya di Taman Desa Ayer Molek, di sini, semalam.
Katanya, sejak Aimi Hamizah, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pulang ke rumah Isnin lalu, dia dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, seperti tidak tentu arah dan sentiasa berada dalam keadaan bimbang.
Mohamad yang merupakan pekerja kilang lebur besi di Merlimau berkata, anak tunggal perempuannya itu sangat manja dan rapat dengannya.
Anaknya sempat berbuka puasa dengan isterinya Isnin lalu, mencium tangan mereka berkali-kali sebelum keluar untuk mengaji al-Quran.
“Arwah puasa ganti dan dia ada ajak saya berbuka puasa sekali, tapi saya tak mahu sebab tidak berpuasa.
“Sebelum keluar rumah pergi mengaji pula dia salam saya berkali-kali dan sempat mencium ibunya. Selalunya dia akan salam dua, tiga kali, tapi kali ini berkali-kali pula,” katanya.
Mohamad berkata, dia bersama anak lelaki serta beberapa rakan anak lelakinya kemudian terus mencari mangsa selepas tidak pulang ke rumah hingga 10 malam.
“Sehingga hari Selasa Aimi masih tak balik-balik, jadi kami pergi buat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, kira-kira jam 10.45 malam.
“Keesokannya (Rabu), saya rasa tak sedap hati setelah polis datang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan memaklumkan bahawa mereka ada jumpa mayat seorang remaja perempuan dan meminta saya untuk membuat pengecaman,” katanya.
Menurutnya, dia dan isterinya, serta dua anak lelaki, Abdul Mutalib, 20, dan Abu Sufian, 17, bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira empat kilometer untuk buat pengecaman.
“Semasa di tempat kejadian, saya tak mampu buat pengecaman kerana masih terkejut, namun dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki bahawa mayat remaja perempuan itu adalah Aimi berdasarkan pakaian dan barang kemas yang dipakainya,” katanya.
Tambah Mohamad, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya meninggal dunia dalam keadaan demikian.
Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Subscribe to:
Posts (Atom)